Thursday, 18 December 2014

 SELAMANYA????


Blog bersawang seketika. Bukan kerana kesibukan yang melampau, tapi pengurusan masa yang sentiasa tersasar. In Sha Allah, saya cuba mengaktifkan semula blog. Meminjam bait-bait kata dari blog Aina Emir ........

       "Life is a game and true love is a trophy" - Rufus Wainright. 
Walaupun bukan seorang Muslim, hakikat kehidupan di duniawi ini semestinya terasa bak sebuah permainan. Tidak tahu bila kita akan menang dan bila pula kita akan kekalahan. Semestinya manusia berebut untuk menang dan bagi yang tamak haloba, mereka mahu segala-galanya, tak kira sekalipun terpaksa merampas dan menindas! Pun begitu, cinta sejati sekiranya ada, ia merupakan satu anugerah. Satu hadiah yang tiada nilainya. Kadang-kadang sebagai insan, kita akan merasa jua. Allah memilih dan ada ketika Allah memberikan anugerah kepada mereka yang bersabar, yang percaya kepada-Nya. Akhirnya, nikmat cinta itu datangnya dari Ilahi jua. Subhanallah. 

Thursday, 3 July 2014

Kembali ke Fitrah Ramadhan

 
 
 
"Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna..."

Alhamdulillah,
Ramadhan telah kembali menyapa kehidupan kita.
Ternyata kita antara yang bertuah kerana dipilih Allah SWT untuk menjejakkan kehidupan kita di madrasah Ramadhan. Jangan pula kita berkejar-kejar untuk buat ibadah kerana kita tahu ganjarannya juga besar. Biarlah kita lakukan dengan baik kerana cinta kita kepada Allah Ta'ala, bukan kerana kita mahukan ganjarannya semata-mata. Yang pasti, tak perlulah kita tunjuk-tunjuk apa yang kita buat untuk orang lain melihatnya, kerana perbuatan seperti itu memang tak ikhlas pun.
Pastikan hati kita juga mempunyai rasa jujur dan mulia, kerana ibadah puasa antara tujuannya ialah untuk membersihkan hati karat kita.
Apa sahaja yang kita lakukan, buatlah dengan ikhlas kerana Allah bukan kerana manusia lain.

Mungkin elok kalau kita muhasabah diri dan perbaiki ibadah yang kita lakukan. 
Tak perlu tunjuk pada siapa pun tentang ibadah yang kita lakukan, yang penting Allah Ta'ala tahu. Biarlah kita buat amalan ibadah seorang diri atau dengan ahli keluarga asal apa yang kita lakukan itu ikhlas kerana Allah SWT.
Wallahuaklam.
 
 
 

 
 
 

 
 
 




 

Saturday, 28 June 2014

Amanahku




ANAK adalah anugerah yang Allah amanahkan kepada kita supaya kita menjaga dan memelihara dengan baik mengikut landasan Islam. Sebagai ibubapa, tanggungjawab perlu dipikul bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat.

Kasih ibu amat besar nilainya. Lebih besar daripada segalanya, lebih berharga dari nilai permata, juga lebih berharga dari gaji yang diperolehi. Tapi, mengapa ada di kalangan ibubapa perlu menjadi sedemikian rupa...

Kita kerap memperkatakan tentang apa yang perlu kita lakukan sebagai anak dalam menunaikan kewajipan terhadap ibubapa kita.

Tetapi sebagai ibubapa, apa pula hak yang anak-anak yang ada pada kita yang perlu kita tunaikan? Adakah sebagai ibubapa kita telah melaksanakan hak anak-anak kita seperti yang dituntut? Semoga kita menjadi ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak untuk kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.

 



 

 

 

 

 

 


 

Friday, 20 June 2014

Bila Penganalisis Jenayah Berbicara!


 
Mengenali Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim yang banyak memberi pandangan, cadangan, ulasan dan komentar yang membina bagi menangani aktiviti jenayah yang sering dilaporkan di Malaysia di kaca televisyen. Saya membayangkan beliau adalah seorang yang serius dan tegas.
Namun Program Sepetang Bersama beliau baru-baru ini menjadikan Dewan Banquet SUK Perak gamat dengan bicara dan aksi jenaka beliau. Bertambah jenaka semasa mengupas tajuk gangguan seksual. Banyak rupanya akta yang melindungi kaum wanita yang sebenarnya tidak diketahui. Bila bercakap tentang isu pencabulan kehormatan, rupanya maksud pencabulan itu ialah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Lagi satu yang agak menarik yang ramai antara kita tak tahu, adalah cap jari suspek yang lekat pada baju/pakaian kita semasa dicabul boleh tahan hingga 16 tahun. Jadi jika dicabul, jangan sesekali kita sembur Febreeze, basuh baju sebelum membuat aduan Polis kerana ianya boleh menghapuskan bukti!!!!

 

Monday, 16 June 2014

DeMaM BoLa

 
 
DEMAM Piala Dunia FIFA 2014 datang lagi!
"Makan bola, tidor bola, mandi bola, demam bola!!!"
Pastinya peminat bola khusus di Malaysia sanggup bersengkang mata untuk menyaksikan siaran langsung ini melalui kaca televisyen.
 Kehebatan Demam Bola melanda setiap 4 tahun, bukan di Malaysia sahaja,
 tapi diseluruh dunia.
 
 
 

 

 
 
 
 
 

Monday, 2 June 2014

Syabas Telekung Project

'The Telekung Project' usaha seorang ibu dan dua orang anak perempuannya menyebar luas aktiviti amal mencuci telekung yang diwakafkan di surau-surau awam. Usaha dikongsikan melalui laman sosial Facebook pada 14 Oktober 2011 dengan diberi nama Telekung Project. Laman sosial ini telah mendapat sambutan positif daripada masyarakat yang mengikuti usaha beliau dan anak-anak dengan usaha-usaha kesedaran yang dilakukan. Usaha ini tidak hanya bertumpu pada aktiviti mencuci telekung awam tetapi dikembangkan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti kebajikan kerana menyedari, peluang ini perlu digunakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap golongan-golongan yang memerlukan. Setelah Berjaya menyatukan kekuatan komuniti melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, akhirnya setelah 10 bulan beroperasi dan mengumpul keyakinan, pada 15 Ogos 2012 dengan rasminya, The Telekung Project telah didaftarkan sebagai sebuah NGO dibawah Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984, Borang 3 (Peraturan 5) dibawah nama; PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK (THE TELEKUNG PROJECT) dengan nombor pendaftaran; PPM-018-10-15082012. Tanpa bergelar NGO suatu ketika dahulu, Telekung Project telah Berjaya menganjurkan beberapa aktiviti–aktiviti amalnya. Telekung Project berhasrat menyebar luaskan lagi amalan berbuat amal kebajikan dengan lebih efektif  dan professional.
 







Saturday, 31 May 2014

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

 
Alhamdulillah, semoga Sultan Perak yang baru dilantik mampu meneruskan legasi ayahanda baginda. Rakyat Perak sangat bangga kerana mendapat Sultan yang penuh ilmunya, semoga baginda menjadi Sultan yang mengikut petunjuk Allah swt, menjaga rakyatnya dengan penuh amanah dan iman, In Sha Allah.