Monday, 2 June 2014

Syabas Telekung Project

'The Telekung Project' usaha seorang ibu dan dua orang anak perempuannya menyebar luas aktiviti amal mencuci telekung yang diwakafkan di surau-surau awam. Usaha dikongsikan melalui laman sosial Facebook pada 14 Oktober 2011 dengan diberi nama Telekung Project. Laman sosial ini telah mendapat sambutan positif daripada masyarakat yang mengikuti usaha beliau dan anak-anak dengan usaha-usaha kesedaran yang dilakukan. Usaha ini tidak hanya bertumpu pada aktiviti mencuci telekung awam tetapi dikembangkan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti kebajikan kerana menyedari, peluang ini perlu digunakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap golongan-golongan yang memerlukan. Setelah Berjaya menyatukan kekuatan komuniti melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, akhirnya setelah 10 bulan beroperasi dan mengumpul keyakinan, pada 15 Ogos 2012 dengan rasminya, The Telekung Project telah didaftarkan sebagai sebuah NGO dibawah Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984, Borang 3 (Peraturan 5) dibawah nama; PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK (THE TELEKUNG PROJECT) dengan nombor pendaftaran; PPM-018-10-15082012. Tanpa bergelar NGO suatu ketika dahulu, Telekung Project telah Berjaya menganjurkan beberapa aktiviti–aktiviti amalnya. Telekung Project berhasrat menyebar luaskan lagi amalan berbuat amal kebajikan dengan lebih efektif  dan professional.
 







No comments:

Post a Comment