ANAK adalah anugerah yang Allah amanahkan kepada kita supaya kita menjaga dan memelihara dengan baik mengikut landasan Islam. Sebagai ibubapa, tanggungjawab perlu dipikul bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat.
Saturday, 28 June 2014
Friday, 20 June 2014
Bila Penganalisis Jenayah Berbicara!
Mengenali Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi
Hashim yang banyak memberi pandangan, cadangan, ulasan dan komentar yang
membina bagi menangani aktiviti jenayah yang sering dilaporkan di Malaysia di kaca televisyen. Saya membayangkan beliau adalah seorang yang serius dan tegas.
Namun Program Sepetang Bersama beliau baru-baru ini menjadikan Dewan Banquet
SUK Perak gamat dengan bicara dan aksi jenaka beliau. Bertambah jenaka semasa
mengupas tajuk gangguan seksual. Banyak rupanya akta yang melindungi kaum
wanita yang sebenarnya tidak diketahui. Bila bercakap tentang isu pencabulan
kehormatan, rupanya maksud pencabulan itu ialah dari hujung rambut hingga
hujung kaki. Lagi satu yang agak menarik yang ramai antara kita tak tahu, adalah
cap jari suspek yang lekat pada baju/pakaian kita semasa dicabul boleh tahan
hingga 16 tahun. Jadi jika dicabul, jangan sesekali kita sembur Febreeze, basuh
baju sebelum membuat aduan Polis kerana ianya boleh menghapuskan bukti!!!!
Monday, 16 June 2014
DeMaM BoLa
DEMAM Piala Dunia FIFA 2014 datang lagi!
"Makan bola, tidor bola, mandi bola, demam bola!!!"
Pastinya peminat bola khusus di Malaysia sanggup bersengkang mata untuk menyaksikan siaran langsung ini melalui kaca televisyen.
Kehebatan Demam Bola melanda setiap 4 tahun, bukan di Malaysia sahaja,
tapi diseluruh dunia.
Monday, 2 June 2014
Syabas Telekung Project
'The Telekung Project' usaha seorang ibu dan dua orang anak perempuannya menyebar luas aktiviti amal mencuci telekung yang diwakafkan di surau-surau awam. Usaha dikongsikan melalui laman sosial Facebook pada 14 Oktober 2011 dengan diberi nama Telekung Project. Laman sosial ini telah mendapat sambutan positif daripada masyarakat yang mengikuti usaha beliau dan anak-anak dengan usaha-usaha kesedaran yang dilakukan. Usaha ini tidak hanya bertumpu pada aktiviti mencuci telekung awam tetapi dikembangkan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti kebajikan kerana menyedari, peluang ini perlu digunakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap golongan-golongan yang memerlukan. Setelah Berjaya menyatukan kekuatan komuniti melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, akhirnya setelah 10 bulan beroperasi dan mengumpul keyakinan, pada 15 Ogos 2012 dengan rasminya, The Telekung Project telah didaftarkan sebagai sebuah NGO dibawah Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984, Borang 3 (Peraturan 5) dibawah nama; PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK (THE TELEKUNG PROJECT) dengan nombor pendaftaran; PPM-018-10-15082012. Tanpa bergelar NGO suatu ketika dahulu, Telekung Project telah Berjaya menganjurkan beberapa aktiviti–aktiviti amalnya. Telekung Project berhasrat menyebar luaskan lagi amalan berbuat amal kebajikan dengan lebih efektif dan professional.
Subscribe to:
Posts (Atom)