"Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna..."
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna..."
Alhamdulillah,
Ramadhan telah kembali menyapa kehidupan kita.
Ternyata kita antara yang bertuah kerana dipilih Allah SWT untuk menjejakkan kehidupan kita di madrasah Ramadhan. Jangan pula kita berkejar-kejar untuk buat ibadah kerana kita tahu ganjarannya juga besar. Biarlah kita lakukan dengan baik kerana cinta kita kepada Allah Ta'ala, bukan kerana kita mahukan ganjarannya semata-mata. Yang pasti, tak perlulah kita tunjuk-tunjuk apa yang kita buat untuk orang lain melihatnya, kerana perbuatan seperti itu memang tak ikhlas pun.
Pastikan hati kita juga mempunyai rasa jujur dan mulia, kerana ibadah puasa antara tujuannya ialah untuk membersihkan hati karat kita.
Apa sahaja yang kita lakukan, buatlah dengan ikhlas kerana Allah bukan kerana manusia lain.
Mungkin elok kalau kita muhasabah diri dan perbaiki ibadah yang kita lakukan.
Apa sahaja yang kita lakukan, buatlah dengan ikhlas kerana Allah bukan kerana manusia lain.
Mungkin elok kalau kita muhasabah diri dan perbaiki ibadah yang kita lakukan.
Tak perlu tunjuk pada siapa pun tentang ibadah yang kita lakukan, yang penting Allah Ta'ala tahu. Biarlah kita buat amalan ibadah seorang diri atau dengan ahli keluarga asal apa yang kita lakukan itu ikhlas kerana Allah SWT.
Wallahuaklam.